
Sulit
5 tahun
Pegambilan minuman tambahan untuk hamil
Salam sejahtera doktor,
saya wanita berusia 26 tahun dan sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah period tidak teratur. Tetapi suami mengharapkan untuk kami dapat zuriat secepat yang boleh. Soalan saya, bolehkah saya mengambil minuman tambahan untuk ikhtiar hamil dan memulihkan kitaran period saya? seperti yang diwar-warkan oleh jurujual. adakah keperluan untuk saya makan folic asid buat masa sekarang?..
Terima kasih untuk jawapannye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pihak kami menyarankan anda merawat masalah anda hadapi terlebih dahulu agar anda boleh mencuba untuk hamil. Hal ini penting kerana kesihatan anda perlu diutamakan bagi melahirkan zuriat yang sihat.
Walaubagaimanapun, dalam proses mencuba ini, anda digalakkan untuk mengambil asid folik dalam tempoh 3 bulan sehingga 3 bulan selepas kehamilan. Bagi minuman yang dijual oleh juru jual, kami menyarankan anda untuk tidak minum sewenang-wenangnya tanpa disahkan oleh doktor bertauliah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.