
Sulit
5 tahun
Pelincir, kering vagina, minyak , sakit
Umur saya 25 tahun baru bulan March sy khwn , masalah saya
Vagina saya cepat kering, bole kew saya guna minyak zaitun ataw
Sebagai pelincir ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, menggunakan minyak zaitun sebagai pelincir adalah selamat melainkan anda mempunyai alahan terhdap kandungan bahan dalam minyak tersebut. Akan tetapi, ianya tidak sesuai digunakkan sekiranya anda melakukan seks menggunakan kondom. Hal ini kerana ian boleh menyebabakan kondom tersebut pecah.
Selain pelincir yang boleh anda beli di kedai farmasi, anda juga boleh menggunakan aloe vera
serta minyak kelapa sebagai pelincir.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang anda ajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.