
Sulit
3 tahun
Peluang untuk hamil jika air mani keluar
saya ingin bertanya . setiap kali bersama selepas suami mengeluarkan zakar air maninya jugak keluar . adakah peluang saya untuk mengandung sukar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku jika adanya persenyawaan antara sel telur (ovum) wanita dan sperma (dari air mani lelaki). Lazimnya, ia memerlukan penetrasi ke dalam faraj wanita.
Akan tetapi, kesukaran untuk hamil boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius, seperti:
Faktor wanita:
- Uterine fibroid
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Endometriosis
- Kegagalan ovari ( Ovarian dysfunction )
Faktor lelaki:
- Merokok; merokok merupakan salah satu punca utama mengapa lelaki kurang subur dan boleh menjurus kepada kegagalan ereksi ( erectile dysfunction )
- Alkohol; alkohol mengurangkan isipadu air mani dan kualiti sperma
- Obesiti
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.