Sulit
4 tahun
Peluh berbau ammonia
Hi doc,Saya berumur 16, saya sering bersukan di waktu petang,saya berasa hairan kerana peluh saya sering berbau seperti amonia.adakah itu berbahaya doc?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bau badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diet tidak seimbang (contohnya terlalu tinggi karbohidrat dan protein, atau kekurangan vitamin)
- Masalah ketidakseimbangan hormon
- Dehidrasi
- Stress
- Diabetes
- Masalah hati atau buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































