
Anonymous
4 tahun
Peluh berlebihan di bahagian ketiak, kepala dan kaki
saya wanita berumur 33 tahun dan masih bujang. saya mempunyai masalah peluh berlebihan terutamanya di bahagian ketiak . seingat saya penyakit ini saya alami sejak di bangku sekolah menengah, ianya tidak berkurang malah makin teruk bila meningkat usia. bermacam deodoran anti peluh yg saya dah cuba antaranya perspirex, kiehls dsb tapi tak jugak berkesan. saya buka dpd kategori obesiti dan sy tidak juga mengalami masalh kesihatan lain. sehingga kini saya masih bingung asbab penyakit ini makin teruk. kesannya keatas kehidupan sosial sy sangat membimbangkan. di pejabat yg ada aircond juga ketiak saya boleh basah. bayangkanlah. sy bingung sehingga rasa mahu jalani pembedahan ETS sahaja tapi memikirkan tentang kos , saya hentikan saja.saya harap doc dapat bantu saya beri saya jalan keluar. atau perlukah saya consume oral medication? please advice.l

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.
Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:
Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas.
Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.