Sulit
4 tahun
Pembedahan cyst ketika pregnant
Saya wanita berumur 20an. Saya sedang pregnant 20week. Pada 29july21 saya sudah melakukan pembedahan cyst sebesar 9cm. Cyst dapat dikeluarkan dan ovari juga dapat diselamatkan. Dan alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan baby juga sihat. Boleh saya bertanya. Bilakah saya boleh bersama dengan suami selepas pembedahan tersebut?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, doktor yang merawat anda kebiasannya akan memaklumkan tempoh yang diperlukan untuk anda pulih sepenuhnya dan perkara yang anda perlu jauhi selepas pembedahan.
Maklumat lanjut tentang pembedahan anda perlu kami ketahui sebelum kami boleh memberikan nasihat tentang perkara ini. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor anda.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat lanjut dengan kami secara atas talian.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































