
Sulit
3 tahun
Pembengkakan di batang zakar
hi Dr,sy lelaki berumur 20 tahun, masalah yang sy hadapi ialah terjadinya pembengkakan di batang zakar sy dimana ianya semakin besar setiap hari, ianya tidak gatal dan ianya akan sakit apabila diberi tekanan dan ianya boleh dikatakan agak keras,mohon pencerahan Dr

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Sebelum mengambil ubat untuk penyakit kelamin atau STD, anda perlu melakukan pemeriksaan oleh doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan diagnosis dahulu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang dapat menyumbang kepada keadaan anda:
- Ketuat
- Jangkitan penyakit kelamin seperti herpes
- Jerawat
- Ekzema atopik, alah kepada bahan yang digunakan pada seluar dalam
- Contact dermatitis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian mengenai masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.