Sulit
3 tahun
Pemeriksaan Kesihatan Bagi Usia 50 Tahun Ke Atas
Apakah jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu saya jalani apabila usia mencecah 50 tahun? (Pemeriksaan bagi periksa jantung, buah pinggang, diabetes, kolestrol etc)
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pemeriksaan kesihatan menyuluruh boleh dilakukan dimana-mana klinik kesihatan ataupun klinik-klinik swasta. Pemeriksaan di hospital selalunya memerlukan tempahan temu janji.
Jenis-jenis pemeriksaan pula bergantung kepada tahap kesihatan anda dan penyakit sedia ada yang anda alami. Doktor di setiap klinik akan membuat pemeriksaan am dan berbincang bersama anda jenis pemeriksaan yang sesuai berdasarkan tahap kesihatan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.