prinklin96
2 tahun
Penawar covid 19
Hai doc, saya wanita usia 45 tahun. Saya nak tanya boleh ke saya amalkan wap cengkih sebagai penawar dan elak covid-19? Ada apa2 kesan kepada kesihatan tak sebab saya dengar cengkih ni berkesan sebagai ikhtiar nak elak covid. terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kemusykilan anda sama ada boleh atau tidak anda mengamalkan cengkih bagi tujuan untuk mengelak jangkitan COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rawatan menggunakan cengkih sebagai penawar dan pencegahan jangkitan COVID-19 adalah mitos semata-mata. Setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan bahan tersebut boleh menjadi ubat kepada wabak ini. Walaupun dalam rawatan tradisional, cengkih digunakan sebagai bahan untuk merawat selsema, sakit tekak dan batuk, akan tetapi, bagi membunuh virus wabak ini dengan menggunakan cengkih, masih belum ada kajian yang dapat membuktikannya.
Buat masa sekarang, jalan terbaik yang disepakati pakar perubatan sedunia untuk melindungi diri daripada komplikasi jangkitan COVID-19 adalah dengan suntikan vaksinasi. Anda dinasihatkan untuk tidak mudah terpedaya dengan mitos yang tersebar, demi kesihatan badan anda juga. Amalan menyedut wap cengkih panas secara kerap boleh mengundang bahaya kepada kesihatan, kerana kerana boleh menyebabkan masalah seperti keradangan atau kesan sampingan yang lain.
Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan hal ini, atau berkenaan masalah kesihatan yang lain, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini