Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya berumur 28thn dan baru berkahwin 2 bulan. Saya ingin bertanya, saya mengalami pendarahan sedikit(hanya sekali shj) selepas “bersama” dan faraj sering mengeluarkan cecair berwarna kuning(tidak berbau). Sedangkan sebelum ini, saya belum pernah mengalaminya. Saya mula jadi risau dan overthinking. Saya ada membuat rawatan di klinik tetapi doktor kata mungkin tanda2 akan period atau darah yg keluar tersebut adalah darah istihadah dan doktor telah membuat imbasan dan mengatakan rahim sy dlm keadaan okay (tiada masalah). Akan tetapi beliau juga ada meminta saya utk dtg semula dlm tempoh 2 minggu utk membuat rawatan pap smear.
Adakah perkara ini normal? Saya jadi takut dan risau.
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham kerisauan anda mengenai kondisi yang anda sedang alami. Terlebih dahulu kami ingin menasihatkan anda agar tidak perlu takut dan risau tentang keadaan anda buat masa ini.
Berdasarkan kenyataan anda, pendarahan anda tersebut berkemungkinan selaput dara atau hymen anda telah pecah kerana anda mengatakan hanya sekali sahaja dan selepas bersama suami. Untuk persoalan kedua, anda mungkin mempunyai keputihan. Namun begitu, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor mengenai masalah ini. Keputihan boleh menjadi normal ataupun tidak normal.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Keputihan yang normal atau fisiologi
Keputihan yang tidak normal atau patologik:
Terdapat beberapa punca mengapa seseorang mempunyai keputihan yang tidak normal:
Untuk menjawab persoalan anda sama ada perkara ini normal ataupun tidak, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut dan anda perlu membuat pemeriksaan lanjut secara fizikal dan klinikal untuk mengetahui jawapannya. Kami sarankan anda datang bertemu dengan doktor pada tarikh yang telah ditetapkan untuk membuat Pap smear.
Untuk mengetahui apa itu Pap smear, anda boleh klik di sini.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor-doktor kami yang bertauliah secara peribadi di atas talian.Terima kasih.