Anonymous
6 tahun
Pendarahan di alat sulit
Saya wanita lingkungan 40 an… Selepas melakukn hubungan intim tiada apa2 cecair yg keluar… Tapi selpeas berapa jam semasa membuang air besar ada sedikit darah keluar dari miss v… Simptom kanser ke doktor??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Kanser rahim ataupun kanser serviks biasanya corakya pendarahan melalui vagina yang berlarutan secara spontan dan jarang sekali disebabkan oleh aktiviti seksual. Kanser biasanya mempunyai simptom yang berikut seperti hilang berat badan mendadak, hilang selera makan, simptom tekanan pada pundi kencing dan sesetengah orang akan merasa ada ketulan pada ari-ari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































