
Anonymous
4 tahun
Pendarahan dibahagian vagina
Saya berumur sekitar 20an… Bujang. Saya sering mengalami pendarahan di kawasan vagina bukan pada hari kitaran haid . Darahnya cair seperti bercampur dengan air dan tidak berterusan kemudian kering di kemaluan. Saya tidak pasti darah tersebut keluar dari bawah mahupun di bahagian atas (kawasan kencing) . Kadang2 saya akan rasa sakit kepala atau sakit pinggang seperti period kadang2 saya tak merasa apa2.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Perdarahan haid yang berpanjangan biasanya didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebih 7 hari, 80 ml atau kedua-duanya sekali. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda lebih berkemungkinan mengalami perdarahan haid yang tidak teratur. Jika masalah ini berterusan atau haid anda menjadi tidak tentu atau berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca kepada gejala anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini ([DoctorOnCall](http:// www.doctoroncall.com.my/patient#/signup)) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!