
Sulit
4 tahun
Pendarahan faraj selepas bersama walaupun seudah seminggu habis period
Hai, Saya bella berusia 20an . Saya mengalami masalah pendarahan faraj selepas bersama dengan suami sedangkan sudah bersih dari period selama seminggu dan ini berlaku 2 hari dan kemudian tiada lagi dan kami bersama kembali namun tiada pendarahan berlaku . Selepas itu sya beranggapan mungkin hanya sisa period namun di minggu seterusnya ia terjadi lagi tapi selepas beberapa jam bersama dimana kami bersama diwaktu malam namun pendarahan berlaku di waktu petang . Selepas sy selesai mandi dan bersihkannya , ia berlaku lagi pendarahan . Jadi sy binggung kenapa terjadinya seperti itu? Oh ya disebabkan masih rasa belum bersedia mahu mengandung sy ambil pil kecemasan iaitu POSTINOR 2 selepas bersama. Sebelum ini tiada apa² masalah pun berlaku dan masih dalam keadaan baik² shj . Bagaimanakah penyelesaiannya ya? Apakah sy perlu pergi membuat rawatan atau ini hnya perkara biasa ? Sila berikan keterangannya, sekian.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Umumnya, pendarahan faraj selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
- Atau tanda-tanda gangguan kitaran haid akibat pemakaian pil perancang keluarga
Untuk menjawab pertanyaan anda, perdarahan selepas hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal dan membimbangkan.
Berbincanglah dengan suami agar tidak melakukan hubungan dahulu buat sementara waktu, dan justeru untuk hubungan yang selanjutnya di masa akan datang:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- memastikan kedua-dua kelamin bebas dari jangkitan kuman
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengimejan dan pengambilan sampel cecair dari faraj anda mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.