
nazurah0701
6 tahun
Pendarahan ketika bersetubuh
saya wanita berumur 25 tahun…kini 10 bulan telah berkahwin., saya mempunyai masalah bila start sya tingal bersama suami saya bulan 2/2019 sehingga kini, saya tidak mengalami period darah merah kental, tapi sya period titik atau sekumpal berwarna coklat , ia hny berlaku 2 @ 3 hari saja…lepas itu titik coklat sedikit… bila 4 hari x dah sya mandi wajib, setelah itu bilamana sya bersama suami, banyak keluar airr berwrna coklat dan daging2, setelah itu, bila bersihkan kekotoran itu x ada…
begitulah bulan2 akan dtg bila saya megalami benda ni…mohon penjelasan, kerana saya takut ada apa2 berlaku. tqvm

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan puan, puan mengalami masalah haid dan juga masalah pendarahan selepas bersetubuh. Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan.
Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Sila rujuk ke klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.