Sulit
4 tahun
Pendarahan Lewat Haid
Hi. Pada selasa lepas sy mengalami 9.11.21 sy keluar lendir coklat pudar , hari rabu semasa buang air kecil je keluar setitik, khamis sikit & jumaat - isnin tiada langsung. Pada hari rabu 17.11.21 keluar sedikit lendir berwarna coklat. cycle saya harini sudah menjadi 32 hari dan lewat period. adakah tanda hamil atau sebaliknya? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Keasn penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























