
Sulit
3 tahun
Pendarahan luar biasa
Saya wanita 24 tahun ,telah berkahwin 4 tahun lalu dan blm dikurniakan anak .pada 2/11 lalu pukul 3 pagi saya mengalami pendarahan yg banyak ,darah merah pekat dan ada ketulan ketulan keluar dari vagina saya tapi waktu tu saya tidak hamil sbb upt saya negatif .saya fikir ia haid tp darah berlarutan sehingga kini 17 cuma ianya keluar tidak menentu kadang banyak kadang sikit warna juga kadang koko kegelapan kadang merah pekat ke meron MCM tu.untk info doc kitaran haid saya tak menentu bole d katakan dh lima bulan saya tak haid sblm kejadian pendarahan banyak pukul 3 pg tu.pendapat doc apa masalah saya ? Saya sering juga rasa nyeri di kawasan rahim sebelah kanan dua tiga minggu ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan atau berlebihan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk haid yang tidak teratur pula, gejala yang boleh menyebabkannya ialah:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan