ksskuan6423
3 tahun
Pendarahan pada vagina tapi belum pernah haid
Saya berumur 13 tahun dan saya belum haid lagi. Tetapi saya mengalami pendarahan pada vagina saya. sebelum itu, permulaan darah itu keluar ketika saya terdapat keputihan saya berubah warna menjadi berwarna coklat, keesokan harinya, darah mula keluar banyak. Kejadian ini sudah 4 kali dalam tahun ini dan mengambil masa selama 7 hari menghilangkan darah tersebut. Darah tersebut tidak bau atau hanyir, tidak sakit dan darah terkadang berketulan. Terima kasih kerana telah baca
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala yang anda hadapi ini menandakan anda telah datang haid. Ia perkara normal dan tiada apa yang harus dirisaukan. wanita akan datang haid dari usia seawal 10 tahun hingga 15 tahun. kitaran haid berlaku pada setiap bulan jika ia teratur dan boleh jadi selama 4- 10 hari.
Walaubagaimanapun, sekiranya darah tersebut berlebihan dan tidak teratur, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































