
fourthjoe9
5 tahun
Pendarahan selepas melakukan hubungan suami isteri, isteri ada mengalami keputihan yg tidak menentu
Setiap kali melakukan hubungan kelamin akan berlaku pendarahan tetapi tiada mengalami kesakitan. Isteri saya ada mengalami keputihan yang tidak menentu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Untuk keputihan yang dialami oleh anda, terdapat beberapa soalan yang ditanya sebelum membuat keputusan mengenai hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.