
Sulit
4 tahun
Pendarahan semasa bersama suami
Saya wanita brusia 21 tahun & sudah 1 tahun mendirikan rumahtangga. Sy dan suami jarang2 dapat bersama kerana outstation. Stiap kali bila bersama, darah (warna merah terang) akan keluar dari ovari dan akan terasa sakit di bhgian rahim. Selepas beberapa jam, darah masih lagi keluar(warna coklat). Dalam setahun, sy hanya bersama dgn suami sebanyak 6 kali. Boleh doc jelaskan punca2 dan cara mengelakkan berlakunya pendarahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya beranggapan pendarahan yang berlaku adalah melalui kemaluan anda kerana ovari merupakan organ yang terdapat di dalam badan dan ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui barulah rawatang yang tepat boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.