
Sulit
3 tahun
Pendarahan semasa ejakulasi
Suami berumur 34 tahun mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan mengambil ubat berkenaan darah tinggi, tidak merokok dan menghisap vape, bacaan terbaru darah pada 15/6/2021 adalah 163/90. soalan saya:
1.Adakah bahaya pendarahan semasa ejakulasi? untuk makluman tambahan,pendarahan ini bukanlah setiap kali berhubungan,tetapi jika berhubungan 3x seminggu, 1x pasti akan ada simptom ini.
Apakah solusi terbaik bagi masalah ini?
Adakah ini berbahaya jika isteri ingin merancang kehamilan.
Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap suami yang mengalami gejala pendarahan sewaktu ejakulasi. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda pendarahan semasa ejakulasi adalah sesuatu yang tidak normal dan perlu dirujuk kepada doktor. Gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada saluran kemaluan
- Jangkitan pada saluran kencing atau jangkitan penyakit kelamin yang lain
Punca yang lebih serius adalah seperti:
- Batu karang di dalam prostat atau seminal vesicle
- Polip di dalam urethra
- Tiub ejakulasi tersumbat
- Kanser prostat, testis atau pundi kencing
Berkenaan solusi dan berbahaya atau tidak masalah ini kepada perancangan kehamilan, punca pendarahan yang dialami oleh suami puan haruslah diketahui sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.