
Sulit
4 tahun
Pengambilan metformin
Hai doktor. Saya nak tanya. Adakah dibolehkan sekiranya seseorang itu mengambil metformin jika tiada diabetis? Tujuan nya adalah untuk mengurangkan berat badan. Untuk makluman, bmi beliau sudah tahap obese. 85 kg, 167 cm… dan apakah kesan jika beliau mengambil secara berterusan tanpa izin doktor? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, metformin merupakan salah satu ubat yang digunakan oleh pesakit diabetes untuk mengawal kandungan gula di dalam darah. Walaupun begitu, metformin juga digunakan untuk merawat penyakit lain.
Ingin kami tekankan supaya tidak mengambil sebarang jenis ubat-ubatan tanpa preskripsi dan nasihat doktor dengan sesuka hati.
Berikut merupakan antara kesan sampingan metformin:
- Lesu badan
- Muntah-muntah
- Mengalami gejala hipoglisemia disebabkan kekurangan gula di dalam darah
- Cirit-birit
- Sakit perut
- Pedih ulu hati
Untuk menurunkan berat badan, anda boleh lakukan senaman dengan kerap dan mengawal pengambilan makanan. Hal ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup anda secara tidak langsung.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.