
Sulit
5 tahun
Pengambilan morning pil
Hi doc, sya ingin bertanya.
memandangkn Saya ade potensi utk Hamil ketika Saya melakukn hubungan dgn suami pada Hari ke-6 pengambilan pil perancang, tetapi jika dlm masa yg sama saya mengambil morning pill saya masih ade poTensi utk hamil juga ke? Sy patut ambil morning pil sebelum melakukan hubungan atau selepas?
terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis morning after pill. Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam seleps hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 berfungsi dengan efektif pada kadar 85% dalam mencegah kehamilan. 95% kadar efektif dalam mencegah kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan seksual tanpa perlindungan.
Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan seks yang tidak dilindungi. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Sekiranya anda telah mengambil pil perancang, tiada sebarang keperluan untuk mengambil pil morning after pil kerana anda telah pun dilindungi.
Anda boleh anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan kepastian tentang keperluan anda mnegambil kontraseptif tambahan. Terima kasih.