
Anonymous
5 tahun
Pengambilan pil perancang
Kali pertama sy ambil pil perancang, dan sy sebenarnya jahil tentang ini… dgn kata lain, sy ikut saranan suami. Period sy slalunya dlm lingkungan 7hari shj, to selapas sy mengambil pil perancang, sehingga hari ke 15 masih lg darah x berhenti keluar. Kerana rasa takut, hari ke 15 sy stop mkn pil tu. Dan kini hari ke 18 masih lg keluar darah. Apakah ianya normal? atau sy perlu dptkan rawatan dgn doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pil perancang keluarga merupakan kaedah yang paling popular untuk mencegah kehamilan. Pil perancang terdapat dalam pelbagai jenis formulasi. Doktor akan mensyorkan pil yang paling sesuai untuk seseorang wanita berdasarkan umur, sejarah penyakit, kesan sampingan dan faktor-faktor lain.
Pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabilSalah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Kondisi ini dikenali sebagai breakthrough bleeding. Kondisi ini berlaka kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri.
Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor. Jika kondisi ini berterusan lebih dari 3 bulan dan anda menggunakan pil perancang dengan betul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pil yang lebih sesuai boleh diberikan kepada anda.
Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.