
Sulit
5 tahun
Pengambilan postinor selepas melakukan hubungan intim
Saya dah mengambil pill postinor yang pertama selepas melakukan hubungan intim,tetapi selepas 5 jam pengambilan pill postinor yang pertama tadi,saya melakukan lagi hubungan intim,adakah saya perlu mengambil pill yang ke dua secepat mungkin atau selepas 12 jam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda harus mengambil pil yang kedua 12 jam selepas pil yang pertama. Selain itu, anda digalakkan untuk menggunakan kondom sekiranya anda ingin melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan dan jangkitan kelamin. Untuk kaedah perancang berterusan, anda boleh pertimbangkan pil gabungan estrogen dan progesteron atau pil progesteron sahaja.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.