Sulit
3 tahun
Pengambilan Ubat kencing manis
Ayah sy bukan pesakit kencing manis. Dia selalu monitor guna test kit tu. Kadar gula selalunya diantara 5-6 tak lebih 10. Kalau lebih 10 sbb dia makan/minum manis secara berlebihan. Baru-baru ni sy dapat tahu ayah sy consume ubat metformin milik makcik sy. Makcik sy merupakan seorang pesakit kencing manis. Adakah terdapat kesan sampingan pada ayah sy yg consume ubat tersebut? Ayah sy bukan pesakit kencing manis dan tidak pernah ke hospital. Sy risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, amat disarankan supaya ayah anda berhenti mengambil ubat kencing manis sekiranya ia tidak diberi oleh doktor. Saya kurang pasti mengenai kesan sampingan bagi ubat ini sekiranya diambil oleh individu yang tidak mengalami masalah kencing manis, namun saya percaya ia tidak akan memberi apa-apa kebaikan.
Selain it, saya juga mencadangkan untuk anda duduk dan bertanya dengan ayah anda mengapa beliau mengambil ubat tersebut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.