
Sulit
4 tahun
Pengambilan ubat postinor 2
Berapa lama ubat ini akan tahan atau aktif dalam tubuh?dan adakah masih mampu elak pregnancy sekiranya sudah ambil postinor ini dam lakukan lagi hubungan seks dalam tempoh 72 jam atau 24 jam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan berkesan melalui hormon progestin dalam pil ini. Ia berfungsi dengan mencegah pembebasan telur (ovulasi) semasa kitaran haid. Ia juga menjadikan cairan vagina lebih tebal untuk membantu mencegah sperma sampai ke telur dan mengubah lapisan rahim untuk mencegah telur yang disenyawakan tertanam di rahim.
Berbalik kepada soalan anda, untuk menjawab soalan tersebut dengan tepat, kami memerlukan lebih banyak maklumat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu, saya ingin menasihatkan anda untuk mengamalkan kaedah perancang kehamilan yang lebih sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.