
noramilaherman
5 tahun
Pengambilan ubat postinor
1)Bolehkah ubat postinor diambil tidak mengikut masa yg ditetapkan dan adakah ia memberi kesan ?
2)Setelah melakukan hubungan intim, dan telah menyedari tiada datang haid pada 1bulan tersebut, adakah ubat postinor blh dimakan utk mencegah kehamilan ? Adakah ubat tersebut masih boleh membantu elakkan hamil walaupun bkn diamalkan pada waktu yg sepatutnya .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, sekiranya anda telah mengambil pil ini dua dos sekaligus, harus diketahui bahawa Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil. Justeru, sekiranya anda telah lewat daripada 72 jam, seandainya persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku, maka pengambilan postinor sudah tidak berkesan.
Merujuk kepada pertanyaan kedua, sama seperti yang dijelaskan di jawapan pertama, ubat ini tidak berfungsi apabila telah melewati 72 jam. Postinor hanyalah untuk kegunaan kecemasan sahaja. Ia tidak sesuai digunakan sebagai rutin. Untuk mengetahui cara penggunaan pencegahan kehamilan jangka panjang, silakan klik link ini.
Sekiranya tempoh berhubungan masih kurang seminggu, anda boleh berbincang dengan doktor tentang masalah ini. SIlakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.