
Sulit
5 tahun
Pengambilan Viagra sebagai ubat kuat
Saya berusia 20-an…saya tidak mengalami masalah ereksi dan penyakit lain… namun bolehkah saya mengambil viagra untuk tujuan tahan lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, viagra digunakan untuk lelaki yang mempunyai masalah ketegangan.
Kesan sampingan yang akan dirasai oleh pesakit adalah seperti
- Pening kepala
- Muka kemerah-merahan
- Masalah penglihatan
Jika disalahgunakan dikhuatiri terdapat kesan saampingan yang tidak diingini
Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih