
Anonymous
5 tahun
Pengeluaran haid yang teruk
Saya remaja wanita berusia 19 tahun. Saya mengalami haid sejak bulan Ramadhan dan sehingga kini. Darah haid yang kluar adalah sangat banyak seumpama waktu haid normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda,terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangantermasuk:
• Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau serviks
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim
• Sistem bekuan darah yang tidak normal
• Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan.
Disebabkan gejala/masalah yang anda alami memerlukan perhatian dan perbincangan yang teliti dengan seorang doktor, anda amat disarankan merujuk masalah ini kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami supaya kami boleh bantu anda untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta memberi rawatan yang sesuai. Terima kasih.