
Sulit
4 tahun
Pengesahan bacaan darah
hello doktor,
Apakah yang di maksud kan ESR 43 ? Adakah ia normal bacaan? Apakah normal bacaan pada ujian darah pada seseorang? saya selalu berasa pedih perut lepas makan. apakah punca nya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bacaan ESR pada 43 menurut anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit perut iaitu:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.