Sulit
5 tahun
Pengesahan Covid-19 tentang Kuarantin diri
Salam Sejahtera
Saya Mohd Yazid bin Md Sarib berada di Jepun pada 14-27 Feb 2020.
Perlukah sy kuarantin diri saya di Rumah…
masa balik dari Jepun keadaan sy masih ok…
tapi sejak semalam tulang saya macam rasa tak sedap…
untuk pengetahuan Dr. sy telah pergi ke HUKM pada 29/02/2020 dan HKL pada 03/03/2020 untuk membuat screening test…
tapi saya tidak dapat buat kerana tiada simptom lagi…
setiap hari masa masuk ke ofis sy telah dibuat ujian suhu dalam badan sebelum memulakan kerja di ofis…
Result Ok
Mohon Pandangan Dr
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, walaupun Jepun mempunyai bilangan kes yang tinggi, ia tidak cukup untuk mengkuarantinkan anda. Maklumat lanjut masih diperlukan untuk mengkategorikan anda dalam kumpulan risiko samada risiko rendah, sederhana ataupun tinggi. Pada pesakit risiko tinggi, anda perlu dikuarantin di fasiliti kesihatan pihak berkuasa, sementara pada pesakit risiko sederhana, anda perlu dikuarantin di rumah sahaja, sementara penanganan risiko rendah adalah tergantung kepada gejala yang dialami.
Oleh itu, selain durasi kunjungan ke Jepun, kami memerlukan maklumat seperti dibawah sebelum menentukan apakah anda perlu dikuarantin ataupun tidak. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- riwayat kontak atau berdekatan (60 kaki) dengan pesakit positif COVID-19
- sektor pekerjaan anda
- gejala / masalah kesihatan yang dialami anda
Selain itu, anda boleh mencuba tes penilaian risiko ini untuk mengetahui risiko COVID-19 secara umum sebelum merujuk doktor.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































