
Sulit
4 tahun
Pengetahuan Hubungan seks
Saya nk tnya jika sya bsma dgn psagan sya,tpi ktika dye nk kluar air Mani tpi dye tahan dan smbung smula dan dia tahan lagi adakah air Mani nya boleh keluar juga walau dia tahan dan adakah sya boleh mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan tambahan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, wanita boleh mengandung sekiranya air mani yang mengandungi sperma memasuki saluran reproduksi (peranakan) wanita melalui vagina. Proses fertilisasi (pembenihan) hanya boleh berlaku sekiranya sperma bertemu dengan sel telur (ovum) yang terletak di dalam tubuh seorang wanita. Sekiranya, tiada air mani maka kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.