Sulit
6 tahun
Penggunaan pil perancang yang sesuai
Saya berumr 31thn mempunyai anak 2org…ank fist merang cucuk depo 2bln skali.ank kdua sy gn pil mercilon sĺama 2thn…slpas 2 sy stop sbb period xdtg 2bln…trpksa mkn ubt trun drh sbb nk merancg gn pil jd pyh…skrg dh stop dlm 4bln dh…ingat nk ambk blik pil…tp nk tahu pil ape yg sesuai unt sy selain mercilon pink nie ye?slama mkn pil nie period ok je…sjak 2thn period dh xdtg…cek upt negatif…jd skrg dh stop ambk ape2 perancg…berat bdn naik ckit je…ms ambk depo berat bdn naik mendadak…xdtg bln dlm sthn…5bln petama je dtg period…cucuk slama 1thn5bln…mohon doc suggeskn mane pil yg sesuai unt sy krn pd pengetahuan sy setiap pil xsame kndungan nye…sekian trime ksh…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat beberapa jenis pil perancang kehamilan yang berada di pasaran. Antaranya:
Pil perancang kehamilan gabungan antara 2 hormon iaitu estrogen dan progesteron
Pil ini seperti pil yang anda pernah ambil. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti loya dan muntah, emosi tidak stabil, naik berat badan, perut berangin dan mengubah kitaran haid. Namun, kesan ini bergantung pada individu.Pil perancang kehamilan satu hormon progesterone
Pil ini perlu diambil dalam 3 hingga 6 jam pada waktu biasa yang anda ambil. Misalannya, jika anda mengambil pil ini pada pukul 8 malam, anda perlu mengambil dalam tempoh yang dinyatakan. Hal ini kerana, jika ia diambil pada waktu melebihi waktu tersebut, ia kurang berkesan dan meningkatkan risiko kehamilan. Kesan sampingan yang boleh didapati adalah seperti pil perancang gabungan hormon.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang ubat yang bersesuaian dengan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































