
Sulit
4 tahun
Penggunaan postinor
Boleh saya tahu berapa lama postinor bertahan dalam badan sebelum atau selepas melaukan hubungan seks?
Dan adakah berkesanpada wanita yang beru lepas habis haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan postinor cuma berkesan dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa pelindungan. Wanita yang baru habis haid biasanya mempunyai kemungkinan untuk hamil yang rendah. Namun, ianya bergantung pada individu kerana masa ovulasi bagi setiap wanita berbeza. Untuk menjawab pertanyaan anda, ubat ini memang akan masih berkesan untuk wanita yang baru habis haid. Sekiranya anda ingin berkahwin dan ingin merancang keluarga, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah lain yang lebih sesuai seperti:
- Pil perancang gabungan hormon atau progesteron sahaja
- Suntikan perancang
- Implan perancang
- IUCD
Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda tentang kaedah perancang yang sesuai bagi usia dan status kesihatan anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.