
Sulit
4 tahun
Penggunaan ubat dalam darah tinggi
saya baru je disahkan darah tinggi pada umur 30thn.
saya mengambil ubat 10mg amplodipine dan baru ni doctor telah tambah dos ke ubat saya anetolol 50mg. ada kesan jangka panjang tak saya takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, Amlodipine ialah ubat untuk menurunkan tekanan darah dan memang terdapat kesan sampingan seperti pening kepala apabila makan ubat tersebut. Namun, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda ataupun anda mengalami gejala seperti hendak pitam, anda disarankan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera agar ubat tersebut dapat ditukar oleh doktor kepada ubat yang lebih berkesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.