
Sulit
4 tahun
Pengiraan waktu period
hai, saya wanita berumur 27 tahun, saya baru sahaja melahirkan anak pada 20/11/2020 tahun lalu. Selepas bersalin, saya start period semula pada 5/2/2021 selama 5 hari. Pada 25/2/2021 - 26/2/2021 saya period lagi, tapi hanya 2 hari sahaja. Bulan 3 pula saya start period 18/3/2021-23/3/2021.Untuk bulan 4 ini saya masih belum period. Selepas saya bersalin tahun lepas. saya belum bersama suami. tapi pada 2/4/2021 saya ada bersama suami. Macam mana saya nak kira waktu subur saya dan jankaan period saya akan datang??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, kebiasaannya waktu subur wanita adalah pada hari ke-14 dalam kitaran haid. Namun begitu, ini hanya boleh dipakai di dalam wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari dan tidak mengambil sebarang bentuk perancang.
Mengenai persoalan anda, maklumat lanjut mengenai kitaran haid anda dan status kesihatan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut. Kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan dan anda dapat berbincang dengan doktor secara langsung mengenai perkara ini.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.