
Sulit
3 tahun
Penglihatan mata jadi malap dan xselesa.ganggu minda
Saya lelaki umur 30an…saya Ada penyakit biapolar.sbelum2 ni kalau cucuk mesti ada effact pada penglihatan mata jadi malap.selalunya sbulan lebih mata kembali pulih akibat effact ubat cucuk tu.tapi kali ni cucuk xhilang2 penglihatan malap sampai skarang…hampir 2 bulan dh.saya ada check pada pakar mata tiada masalah apa mata saya.mata ok.adakah effact ubat tu pada hati saya sehinggakan membuatkan penglihatan mata jadi malap dan xselesa?adakah ada masalah pada saraf otak saya?atau adakah ada penyakit lain lagi boleh effact pada mata?kencing manis darah tinggi saya tiada…cuma tekanan pada bola mata saya agak tinggi dan mata kering.apakah rawatan yang saya perlu buat?bagaimana saya nak potong ubat tu supaya xda effact lagi?..mohon pencerahan …

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah penglihatan dan risau sekiranya gejala ini adalah kesan daripada ubat antipsikotik yang telah digunakan. Anda juga ingin mengetahui tentang punca lain untuk keadaan mata anda. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Kami tidak dapat memberikan kesimpulan yang spesifik kerana memerlukan maklumat yang lebih lanjut tentang jenis ubat antipsikotik yang anda ambil. Namun, antara kesan sampingan umum untuk ubat anitipsikotik adalah:
Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
Peningkatan selera makan
Pertambahan berat badan
Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
Mengantuk
Tekanan darah rendah
Masalah sistem saraf
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :
- Kerosakan hati
- Kerosakan ginjal
- Masalah jantung
- Penyakit Parkinson
- Epilepsi (sawan)
- Kemurungan
- Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
- Pembesaran prostat
- Glaukoma
Peringatan
Jangan berhenti pengambilan ubat tanpa kebenaran doktor!
Masalah kabur penglihatan boleh disebabkan oleh:
- Presbyopia – mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat. Masalah ini biasanya dikesan ketika umur mencecah 40 tahun.
- Katarak – dimana kanta menjadi legap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan
- Glaukoma – satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata. Penglihatan pada mulanya normal, tetapi dengan masa anda mungkin mengalami gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan penglihatan. Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya akan menyebabkan mata sakit dan merah. Keadaan ini diklasifikasikan sebagai kes kecemasan.
- Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
- “Age related macula degeneration (AMD)” – kehilangan penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca, gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
- Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
- “Floaters” – partikel yang halus berterbangan dari dalam mata yang mengganggu penglihatan dan mungkin keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
- Rabun malam
- Retina lekang (Retinal detachment)–Gejala termasuk “floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
- Radang saraf optik (Optic neuritis) – Radang pada saraf optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”. Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak mata.
- Angin ahmar dan TIA – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Barah otak – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
- Pendarahan didalam mata
- “Temporal arteritis” – radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
- Migrain
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.