Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Assalamualaikom, isteri saya hamil sudah 4 bulan & dia alami masalah kencing kotor. Pada awal sudah berjumpa doktor & makan ubat tetapi hasilnya masih alami jugak. Selepas itu saya beli produk berkaitan degan cranberry di Farmasi untuk isteri saya minum & hasilnya sungguh memuaskan selepas beberapa hari meminum produk tersebut. Tetapi selepas seminggu lebih, isteri saya alami balik masalah kencing kotor. Selepas itu saya dapatkan rujukan dari farmasi dan saya belikan lg produk cranberry untuk isteri saya minum. Tetapi, pagi tadi semasa isteri saya menghadiri temujanji ibu mengandung di klinik kerajaan, jururawat bertugas melarang isteri saya menggunakan produk cranberry kerana dikuatiri memberikan kesan kepada kandungan disebabkan ubat/produk tersebut tidak diberikan atas rujukan doktor tetapi sebelum saya membeli produk cranberry, saya telah dapatkan rujukan dari ahli farmasi yg bertugas untuk menjual ubat di farmasi tersebut. Persoalan saya adakah penggunaan cranberry menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan?
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Namun kami memahami keresahan berkenaan kencing kotor dan suplemen cranberry yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya kencing kotor mempunyai gejala seperti yang berikut:
Secara umumnya kencing kotor boleh disebabkan oleh:
Namun ia juga boleh disebabkan oleh tabiat minum air yang banyak (normal) atau kelainan fungsi ginjal (tidak normal)
Walaupun suplemen cranberry memang disarankan oleh KKM untuk merawat kencing kotor, ia tetap perlu mendapat persetujuan doktor khususnya bagi wanita hamil, antara alasanya adalah kerana kandungan gula yang tinggi boleh memberi kesan yang buruk pada ibu hamil dan membesaran bayi di dalam kandungan. Dikhuatiri juga beberapa kandungan lain dari suplemen itu ternyata tidak sesuai untuk sesetengah ibu hamil.
Sebaliknya saya juga turut sarankan isteri anda untuk:
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, seperti biasa, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.