
Sulit
3 tahun
Pening ,batuk,lesu suara serak sakit apa kah
Saya selalu pening lesu rasa macam nak pitam. jari rasa sakit.suara serak .batuk.mutah jarang2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami faham kebimbangan anda dalam hal ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada gejala yang anda sebutkan di dalam ruangan soalan:
- Anemia (kurang darah merah)
- Kurang rehat
- Demam viral (viral fever)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Ini hanyalah keterangan am daripada pihak kami. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor tersebut atau pergi ke klinik lain supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat .
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Pitam atau perasaan ingin pitam
- Hilang selera makan dan minum
- Berat turun secara mendadak
Anda juga boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda secara peribadi di atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!