Anonymous
3 tahun
Pening berpusing pusing
hi, sy perempuan & berumur 19 tahun. sehari dua ni sy rasa mcm kepala sy berpusing tapi bukan sakit kepala. just pening. then sy nk tahu simptom diabetes sbb sy takut sy ad diabetes. berat sy 82kg. mcm sy boleh cakap yg hari sy pening tu sy tk consume air manis pun, tapi makan je nasi. the next day pun, i tk consume air manis tapi i ada makan kuih yg manis still i rasa pening sikit sikit. so, doc rasa ada tak probability sy kena diabetes? sy dh overthinking dah ni. help me doc:)
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Hipotensi postural - akibat bangun terlalu cepat
Gejala umum diabetes adalah seperti hilang berat (jenis pertama), sentiasa dahaga, lapar dan kencing dan berasa keletihan sentiasa. Untuk mengatasi masalah pening ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































