Sulit
2 tahun
Pening bila bangun dari tempat duduk
Salam sejahtera, saya wanita 23 tahun, adakah normal sekiranya saya berasa seperti pusing apabila saya bangun dari tempat duduk. Kejadian ni sudah berlaku hampir 2 tahun tetapi bukan setiap hari tapi banyak kali juga saya alaminya.
Bila saya bangun dari posisi duduk atau baring, saya hilang keseimbangan serta agak pusing dan pandangan kabur sedikit, dan kaki kanan saya sukar bergerak seperti tak rasa apa2. Kejadian ini berlaku lebih kurang 2 ke 3 mins. Adakah perkara ini normal? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pening kepala rasa berpusing. Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala sehingga rasa berpusing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih