
farhanmunir339
5 tahun
Pening dan muntah lepas bangun dari tidur
Ibu sa
Ya berasa pening dan mntah2 lepas bangun dari tidur secara tiba2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pening kepala merupakan gejala yang biasa dialami. Akan tetapi, sekiranya ia diiringi dengan masalah seperti yang berikut, amat digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Berkemungkinan juga terdapat masalah pada sistem pencernaan seperti keracunan makanan, acute gastroenteritis dan sebagainya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya keadaan ibu anda semakin teruk.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.