
Sulit
4 tahun
Pening & keletihan, selalu letih & mengantuk, sendawa , kebas kaki
saya wanita 24an selalu keletihan, mengantuk, pening, sendawa, kebas kaki, kekejang serta kerap sakit & lemah badan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kekurangan vitamin B12
- Kekurangan sel darah merah
- Hipoglisemia
- Masalah pengaliran darah
- Kencing manis
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.