Sulit
4 tahun
Pening kepala berlarut an selepas makan ubat berlebihan
Saya wanita dalam 21 tahun mengalami sakit kepala berlarut an selepas mengambil ubat lebih dari yang disuruh. Apakah yang patut saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pening kepala… Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk memberikan cadangan rawatan yang tepat untuk menyelesaikan masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna terutamanya jika masalah anda semakin berlarutan.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih































