
Sulit
3 tahun
Pening kepala berpanjangan sejak tahun lepas
Sya mengalami simptom berikut
1.pening kepala tidak kira masa. Hampir setiap hari sejak 6 bulan lepas
2.kepala terasa ringan, hanyut/terumbang ambing
3.telinga berdesing/bedering
4.sakit tengkuk. Terasa berdenyut kadang kadang seperti bengkak
Sya telah jumpa beberapa doktor swasta dan kerajaan. Setiap satu dengan diagnosis yg berbeza. Sya juga telah buat ujian darah. Darah sya OK cuma doktor kata darah sedikit pekat. Apakah sya berpotensi mendapat tumor otak? Apakah masalah yg sya hadapi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah pening kepala sejak 6 bulan yang lepas disertai dengan beberapa gejala lain seperti yang dinyatakan diatas. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kurang rehat atau tidur
- Kurang thiamin dalam diet
- Gangguan stress dan emosi
- Posisi badan yang tidak betul sewaktu berehat
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.