
Sulit
4 tahun
Pening kepala Dan melayang
Hai Dr… sy wanita berumur 31 tahun… sejak2 Ni sy mengalami sakit kepala sebelah kanan hingga ke tengkuk Serta Mata kanan Dan melayang… bila melayang Saya akan jadi gemuruh Dan automatik tangan Serta kaki sy macam kehilangan darah … boleh Saya tahu Cara atasi sakit kepala melayang Ni Dr…? Sebab sy jadi risau akan kesihatan sy …

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda boleh cuba untuk megurangkan sakit kepala anda di rumah dengan cara-cara ini:
- perbanyakkan meminum air
- mendapatkan tidur secukupnya
- perbanyakkan vitamin B
- mengurangkan sakit dengan rawatan ais
- minum kopi ataupun teh
- akupunktur
- melakukan senaman
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.