
Sulit
4 tahun
Pening kepala dan sakit perut
Saya wanita berusia 23 tahun. Semalam saya mengalami pening kepala di bhgian kanan dan juga rasa mual. Sebelum ini saya sering merasakan pening kepala sebegini. Namun hari nih dri pagi lagi, perut saya sakit dan rasa tidak selesa. Apa yang perlu saya lakukan ya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh berlaku disebabkan dua punca yang berlainan. Antara punca sakit kepala yang berpanjangan ialah:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk masalah sakit perut pula boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- gastrik
- asid refluks
- keradangan usus
- usus tersumbat
- sembelit
- keracunan makanan
- jangkitan pada buah pinggang
- endometriosis
- jangkitan organ reproduktif
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.