
Anonymous
5 tahun
Pening kepala muntah
Dr saya nak tanya , kalau orang tu masukkan sedikit penisnya tapi taksampai ke dinding vagina & pancut luar adakah boleh mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika anda melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda berisiko untuk hamil walaupun terdapat sedikit sahaja air mani di kawasan kemaluan. Manakala gejala pening dan muntah boleh disebabkan berbagai punca seperti keracunan makanan, migrain atau kesan ubat-ubatan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.