
Sulit
4 tahun
Pening kepala rasa berputar
lately ni, secara tiba tiba saya rasa pening sampai rasa berputar. kalau macam berdiri pun nanti boleh terhuyung hayang. even baring pun kena tahan sakit pening tu, bila fokus dekat suatu objek pun dia akan start rasa macam nak muntah. sekarang sakkt kepala dah masuk harini 4 hari, masa first je dia sakit teruk macam tu tapi bila dah makin lama dia still pening tapi pening yang tak macam first day yang sampai kena baring tu. dia pening yang macam pening and nak muntah, bila angkat kepala or banyak pergerakan kat kepala je nanti dia start pening lepastu rasa nak muntah. berulang sampai ke harini kalau ada banyak pergerakan. sebelum ni pun pernah alami benda yang sama masa tu 2018, pening tu dalam 2 minggu baru hilang. and dah pergi jumpa doc dan doc kata kalau sakit lagi pergi hosp buat pemeriksaan lanjut. tapi tak sangka pulak benda yang sama berlaku secara tiba tiba. kenapa ye doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pening kepal sehingga rasa berputar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.