Sulit
5 tahun
Pening kepala,rasa nyilu pada bhg aggota bdn
Saya wanita berusia 18 tahun saya ada dua masalah kesihatan,yang prtama sejak semalam saya kerap rasa sakit kepala,rasa macam nak pengsan,rsa mcm nk muntah & badan sakit2 kdng2 rasa skit tngkuk smpai sukar nak tidur…msalah yang kdua,saya kerap rasa nyilu pada bhg pinggang,kaki,tangan…rasa nyilu datang apabila saya buat pergerakan & kdng2 saya duduk rse nyilu pd bhg tangan,kaki…semasa rse nyeri saya nk bergerk trase sakit sngt…harap doktor boleh berikn penjelasn trhdap msalah yg saya hdpi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Memandangkan anda mengalami sakit badan dan sakit kepala, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































